Monday 25 February 2013

HUH!!
     

to who i loves,just want u know....seriously,i cannot get to accept if one day i must share u with others people ..but i know that u not my own only because Allah just lend u for me and He can takes u from me anytime

   

                                          amalkan selalu !!!!

      Semoga kita mulai hari dengan taubat, niat menjaga akidah ibadah dan akhlak kita. Sentiasa bersihkan jiwa dgn taubat dan melihat diri dan hentikan mencari kesalahan orang lain tetapi memperbaiki diri. Semoga mendengar majlis ilmu setiap masa yang terluang dan dalam perjalanan ke tempat kerja

Thursday 21 February 2013

rindu padamu




Rindu padamu.




بسم الله الرحمن الرحيم


Bismillah,


Sebisa mungkin.
aku mahu dekat sama sosok pejuang itu,
Benar kata mereka;
Tak kenal, maka tak cinta.
Tutur katanya.
Akhlaknya.
Perjuangannya buat
ummat dan akhirat.
Sehingga kini namanya
tetap utuh.
harum sehingga pelosok duniawi.
* sungguh *
di saat itu, aku mulai jatuh cinta.






:’)
Ya Rasulullah,
Aku begitu merinduimu.











“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: 56)


" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu" (Al-Nasai & Ibnu Hibban)








Terkadang malu, mengurung diri. Berlegar-legar di sekelilingku. Bagaikan tidak bermakna hidup sendainya tidak mengenali, mengasihinya dan mencintainya. Selawat serta salam dititipkan buat baginda , Nabi Muhammad SAW. Apabila nama baginda disebut-sebut berulang kali, bagaikan nyanyian merdu yang mengalir dalam kesunyian hati yang membisik. Subhanallah, ketenangan itu hadir merisik denyut urat-urat nadi.








:')
Kehadiran baginda dinanti,
pemergian baginda ditangisi.








Rindu.
Kutip bibit-bibit rindu itu,
Mungkin rinduku hanya mampu
ku urai lafaz di bibir
menyatakan kalimat
indah itu.
* syafaat *
Tanam cita-cita
itu biar subur.
sehingga ketemu akhirat.
Lagi-lagi malam-malam
indah yang dihiasi dengan

" pertemuan " dengan baginda.
Alangkah beruntungnya.
Allahu Allah. :)







Apabila kisah perjuangan baginda dihayati, bagaikan hendak menitis air mata ini. Tidak beruntung dan rugilah bagi mereka yang lebih memilih untuk gugur dan futur dalam perjuangan dakwahnya. Mereka lebih memilih untuk melarikan diri daripada melalui simpang ujian yang menanti. Mereka hanya mampu berfikir untuk mengambil jalan yang mudah. Namun, adakah penyelesaian kepada ujian itu bakal berakhir jua? Ujian itu tandanya kasih sayang Allah. Sedangkan Rasulullah itu tetap teguh dan tabah mengharungi ujian besar yang melanda. Jika hendak dibandingkan dengan kita, hanyalah setitis cuma. Allahu Rabbi.. :’(




    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut: 2-3)







p/s : Dalam setiap detik berputar , Di setiap nafas yang terhela..
Ayuh! Sama-sama kita mempelajari hadis Rasulullah SAW, mengamalkan sunnah baginda, dan menyampaikan kepada orang lain. Salam Maulidur Rasul 1434H. Allahumma salli `ala muhammad, wa`ala ali muhammad..♥








✿~Moga Allah redha dengan perkongsian ini..Wassalam~✿


 

bismillahirahmanirahim





Jom Daftar Kat MyHeppi yang Osem ^__^

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat semua dah tau ke pasal Myheppi.com ni?Tentu dah ramai yang tau tapi mungkin masih ada yang belum tahu pasal ni kan.Ok,mari sini dengar saya cerita..hehe
First,kita tengok gambar eh..Biarkan gambar berbicara.Ceeewah!

cute tak??bertemakan warna oren. ^^

Kat sini bolehlaa sign up bagi sesiapa yang belum register lagi tu.Myheppi ni dia lebih kurang macam fb laa,laman sosial yang baru.Bezanya adalah yang ni lebih terjaga dan in shaa Allah boleh mendekatkan lagi kita dengan Allah s.w.t. ^_^
Kenapa ia lebih terjaga?Sebabnya adalah...
nampak tak?kalau tak nampak sila klik. ^_^
See,gambar yang tak menutup aurat akan dipadam ye.Sama jugak dengan gambar yang terjelir,pipi kembung dan sewaktu dengannya.. :) Jadi,mase kita duk online tu,takdelaa nak sakit mata kena tengok gambar yang pelik-pelik pulak.

Selain tu,kat Myheppy ni dia ada sediakan link video-video ceramah.Jadi,bolehlaa nak tengok ceramah sambil-sambil online tu..
ustaz Azhar Idrus punye video
Banyak lagi video dari ustaz lain,Ustaz Don,Ustaz Kazim Elias and so onlaa..Boleh try tengok sendiri nanti..
Selain tu,kalau kita suka dengan satu2 post kita boleh click happy,boleh comment dan share jugak.Ni salah satu contoh post dari salah seorang sahabat saya..
Jadi,tunggu apa lagi?Jom ramai-ramai mendaftar kat Myheppi ni sekarang!!Oklaa,assalamualaikum~ ^_^


JomTenangkan Mata.. ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Perasan tak ada beberapa perubahan kat belog saya ni.Di antaranya adalah header!

SEBELUM

SELEPAS
Malam ni sebelum tido apa kata kita tengok beberapa gambar yang boleh menenangkan kita.Gambar baby.Suka sangat tengok baby,tambah-tambah kalau yang pakai kopiah ataupun tudung.Sangatlah comel dan menenangkan bila tengok. :)

Jomlaa kita tengok kanak-kanak muslim yang lelaki. Comel-comel semuanya,besar nanti in shaa Allah bakal hafiz semua nih..
olooo..tomey-tomey..^^
Didiklah anak-anak kecil agar mengasihi al-quran. Jangan tunggu mereka sudah besar baru nak sibuk suruh belajar mengaji. Anda mungkin sudah terlambat ketika itu.Naudzubillah.. :'(
adik kecil ni pakai serban
comelnye pakai kopiah senget..hehe
Zaman sekarang susah nak jumpa orang yang pakai serban dengan kopiah ni.Tengok baby ni,rilek jer pakai..hehe.Tomeykan macam ni..Hehe.Pakaian sunnah ni,jangan main-main.. :)

Lepas tengok gambar baby boy kita tengok pulak gambar baby girl yang kiut-miut ni..^_^

Perghhh,tengok tudung dia.Agak-agak kita boleh challenge ke?Takkanlaa nak kalah dekat kanak-kanak yang tak cukup umur ni dalam bab-bab tutup aurat.Kalau bab lain hebat pulak kita..Ehem,kalau terasa bolehlaa cuba-cuba ubah.Awak lagi cantik bila tutup aurat..Trust me,tak tipu langsung. :')
Saya sayang quran saya,jangan nak curik ye..
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sayangilah anak-anak kecil dan didiklah mereka dengan ilmu agama sejak dari kecil lagi, kerana itu adalah bekalan untuk kehidupannya di dunia dan juga di akhirat






Tuesday 12 February 2013

              Jagalah Allah, maka Ia akan menjagamu, Jagalah Allah nescaya engkau akan dapatinya mengukuhkanmu, bila engkau meminta, mintalah kepada Allah, bila engkau memohon pertolongan, mohonkanlah kepada Allah. 

Ketahuilah bahawa jika seluruh umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat bagi mu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada mu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu. 

Dan jika seluruh umat ini berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran catatan telah ditutup" 

[Riwayat Tirmidzi]