Thursday 21 February 2013

bismillahirahmanirahim





Jom Daftar Kat MyHeppi yang Osem ^__^

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat semua dah tau ke pasal Myheppi.com ni?Tentu dah ramai yang tau tapi mungkin masih ada yang belum tahu pasal ni kan.Ok,mari sini dengar saya cerita..hehe
First,kita tengok gambar eh..Biarkan gambar berbicara.Ceeewah!

cute tak??bertemakan warna oren. ^^

Kat sini bolehlaa sign up bagi sesiapa yang belum register lagi tu.Myheppi ni dia lebih kurang macam fb laa,laman sosial yang baru.Bezanya adalah yang ni lebih terjaga dan in shaa Allah boleh mendekatkan lagi kita dengan Allah s.w.t. ^_^
Kenapa ia lebih terjaga?Sebabnya adalah...
nampak tak?kalau tak nampak sila klik. ^_^
See,gambar yang tak menutup aurat akan dipadam ye.Sama jugak dengan gambar yang terjelir,pipi kembung dan sewaktu dengannya.. :) Jadi,mase kita duk online tu,takdelaa nak sakit mata kena tengok gambar yang pelik-pelik pulak.

Selain tu,kat Myheppy ni dia ada sediakan link video-video ceramah.Jadi,bolehlaa nak tengok ceramah sambil-sambil online tu..
ustaz Azhar Idrus punye video
Banyak lagi video dari ustaz lain,Ustaz Don,Ustaz Kazim Elias and so onlaa..Boleh try tengok sendiri nanti..
Selain tu,kalau kita suka dengan satu2 post kita boleh click happy,boleh comment dan share jugak.Ni salah satu contoh post dari salah seorang sahabat saya..
Jadi,tunggu apa lagi?Jom ramai-ramai mendaftar kat Myheppi ni sekarang!!Oklaa,assalamualaikum~ ^_^


JomTenangkan Mata.. ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..

Perasan tak ada beberapa perubahan kat belog saya ni.Di antaranya adalah header!

SEBELUM

SELEPAS
Malam ni sebelum tido apa kata kita tengok beberapa gambar yang boleh menenangkan kita.Gambar baby.Suka sangat tengok baby,tambah-tambah kalau yang pakai kopiah ataupun tudung.Sangatlah comel dan menenangkan bila tengok. :)

Jomlaa kita tengok kanak-kanak muslim yang lelaki. Comel-comel semuanya,besar nanti in shaa Allah bakal hafiz semua nih..
olooo..tomey-tomey..^^
Didiklah anak-anak kecil agar mengasihi al-quran. Jangan tunggu mereka sudah besar baru nak sibuk suruh belajar mengaji. Anda mungkin sudah terlambat ketika itu.Naudzubillah.. :'(
adik kecil ni pakai serban
comelnye pakai kopiah senget..hehe
Zaman sekarang susah nak jumpa orang yang pakai serban dengan kopiah ni.Tengok baby ni,rilek jer pakai..hehe.Tomeykan macam ni..Hehe.Pakaian sunnah ni,jangan main-main.. :)

Lepas tengok gambar baby boy kita tengok pulak gambar baby girl yang kiut-miut ni..^_^

Perghhh,tengok tudung dia.Agak-agak kita boleh challenge ke?Takkanlaa nak kalah dekat kanak-kanak yang tak cukup umur ni dalam bab-bab tutup aurat.Kalau bab lain hebat pulak kita..Ehem,kalau terasa bolehlaa cuba-cuba ubah.Awak lagi cantik bila tutup aurat..Trust me,tak tipu langsung. :')
Saya sayang quran saya,jangan nak curik ye..
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sayangilah anak-anak kecil dan didiklah mereka dengan ilmu agama sejak dari kecil lagi, kerana itu adalah bekalan untuk kehidupannya di dunia dan juga di akhirat






No comments:

Post a Comment